Assalamualaikum wahai insan tersayang....
Tanggal 24 November 2012....tercipta sejarah tersendiri kan??? Akanku kenang sampai mati...
Maaf andai diri ini melukaimu...tapi tak terniat di hati ini langsung untuk membangkitkan kemarahan, apatah lagi membuat diri ini terus dibenci...
Seribu kemaafan jika tafsiranku salah, tapi ketahuilah AKU BUKAN PEMBOHONG BESAR,,,,,AKU BUKAN MANUSIA MUNAFIQ seperti yang engkau katakan..
Aku tulus menyayangimu...menyintaimu...mengasihimu....biarpun berulang kali kau lukai hati ini, kau tinggalkan diri ini....kasihku tak pernah berganjak walau sedikit pun sejak hari pertama kita bersama berbelas tahun dahulu.
Bukan nak mengungkit, tapi ingin ku luahkan kekesalan di hati...Setiap kali kau sakiti, aku sentiasa memaafkan...Setiap kali kau lukai, aku sedia melupakan...Setiap kali kau mulakan pertelingkahan, aku cuba untuk menenangkan...Tapi aku juga manusia biasa, ada batas kesabaran!!!!!
Hanya bila aku hilang pertimbangan...hilang kesabaran atas sikapmu sendiri...aku dibenci, dihina sebegini rupa...Itukah bukti yang kau terlalu sayangi aku melebihi dirimu sendiri????
Aku tak pernah menipu kasihku padamu...Aku mengenalimu dari kita sama-sama tiada apa-apa untuk dibanggakan!!!!Aku menyintaimu dari zaman kegelapanmu!!!!Bukannya sekarang.... bila kau dah di atas, sudah miliki segalanya!!!
Allah Maha Mengetahui!!!! Deritanya diri ini hendak mempertahankan kasihku padamu, tapi...hanya kerana pertelingkahan ini...sanggup kau hina kasihku padamu....AKU BUKAN MUNAFIQ, AKU TIDAK BERBOHONG TENTANG KASIH, SAYANG & CINTAKU PADAMU!!!!!!!!
Dimanalah letaknya hatimu sehingga sanggup kau hina aku sebegini, langsung tak ingin memandang mataku lagi, langsung tak mahu menyambut tanganku lagi....Tak cukup dengan itu, sanggup kau halau, kau usir aku....sanggup kau buang rezeki untuk kita....HINANYA TERASA DIRI INI!!!!
Biarlah apa pun anggapanmu padaku, hanya Allah yang tahu kasihku padamu....Mungkin bila diri ini sudah tak wujud lagi di muka bumi ini baru kau sedar betapa aku amat menyintaimu!!!
Inginku katakan di sini...kau tewas dalam memperjuangkan cinta kita!!!! Aku bersumpah!!!! Aku bersumpah sepanjang hayatmu tak akan kau temui lagi cinta yang suci seperti cintaku ini!!!! Demi Allah aku tak akan merayumu lagi...aku tak akan mengganggumu lagi....aku tak akan mendekatimu lagi....
Aku sedar kekuranganku...aku sedar diri ini tak diperlukan...aku sedar selama ini kasihku dianggap sampah bagimu, tiada nilai!!!! Kau bukan lagi manusia yang aku kenali dulu...Egomu tinggi menggunung hingga memusnahkan kasih kita!!!!
Aku akan tetap menyintaimu, menyayangimu, mengasihimu sehingga akhir nafasku....itu janji...tapi bukan padamu...tapi pada Allah s.w.t kerana Dia lebih memahami isi hatiku....
Kau tak perlu percaya kata-kataku kerana CAKAP ORANG PEMBOHONG DAN ORANG MUNAFIQ INI TAK ADA NILAI BAGIMU BUKAN???? Aku tak perlu meyakinkanmu,,,aku tak akan membuktikan apa-apa lagi padamu,,,,kerana telah aku buktikan kepada Allah s.w.t betapa aku sanggup melaknati perintahNya dan melanggar laranganNya hanya kerana terlalu cintakan kamu!!!!
Cinta di hati ini kepadamu sangat INDAH,,,aku tak akan merosakkannya dengan mengingati kesakitan yang telah aku lalui....aku akan teruskan hidup dengan cinta ini tanpa ingin lagi menjadi milikmu!!! Aku sudah habis tenaga...aku sudah putus harapan...untuk menjadi hak mu di dunia & akhirat!!!! Tapi sekurang-kurangnya Allah masih lagi memberi aku kekuatan untuk terus menyemai kasih padamu dalam hatiku untuk selamanya...Cintaku Abadi!!!! Aku bukan MUNAFIQ!!!! Kau tak akan temui lagi cinta wanita lain kepadamu selain diri ini dan ibu yang melahirkanmu...Percayalah sayang!!!!
UNTUK KALI YANG TERAKHIR AKU UNGKAPKAN PADAMU...AKU MENGASIHIMU, MENYAYANGIMU, MENYINTAIMU SEJAK DARI DULU, SEJAK DARI DIRIMU BUKAN SIAPA-SIAPA SEHINGGA KINI DAN SELAMANYA....AKU BERSUMPAH ATAS NAMA ALLAH YANG MENCIPTAKAN SEKALIAN ALAM!!!!! AKU TIDAK BERBOHONG & AKU BUKAN MUNAFIQ!!!!